Peristiwa Sedih Kehilangan Insan Tercinta

Oktober 16, 2009 at 5:38 pm (Uncategorized)

Pada tanggal 12 Oktober 09, Jam 9.15 malam Ibuku menghembuskan nafas terakhir di hospital besar Ipoh. Pada ketika itu aku bergegas dalam perjalanan pulang bersama keluarga untuk menemuinya yang dikatakan sedang nazak. Kembalinya Ibuku kerahmatullah adalah atas kehendakNYA, Aku terima dengan hati terbuka, kerana itu lah resam dunia setiap yang hidup akan menumui ajal.

Jam 8.00 malam aku pergi mengajar kelas Teori Pendidikan Seni di dewan kuliah Taman U, Semasa hendak memulakan kelas, satu panggilan telefon dari isteriku menyatakan dapat telefon dari Ipoh menyatakan emak sedang nazak. Aku lantas terus memohan maaf kepada pelajar dan bergegas balik kerumah dan terus ke Ipoh. Harapan aku dapat mengadapnya dalam kali terakhir… aku mahu mengajarnya mengucap buat kali terakhir, namun Tuhan maha kuasa dalam perjalanan selepas Tapah satu telefon dari adikku menyatakan ‘Emak sudah tiada….”, Hati menjadi sebak, air mata terus mangalir.

Sampai kehospital, melihat wajah ibu yang terkaku, aku tidak menahan rasa sedih dan pilu… aduh… kehilangan Ibuku yang tersayang.
Baru semalam aku menaifonnya dan bercerita panjang, beliau menceritakan kesah berhari raya dirumah adikku di Kuala Kangsar. Beliau juga berjanji akan datang kerumahku sebaiknya belaiu selesaikan bayaran dan pemeriksaan Doktor.

Saya rasa belum puas menjaga dan berbakti kepadanya…

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

September 20, 2009 at 3:13 am (Uncategorized)

Pada tahun ini aku berRaya di Sabah. Kebetulan Rumah Ibunya terletak Bunggawan di daerah Mandahan, Papar. Di Sabah suasana hari aku rasa sama seperti semenanjung. suasana pada waktu malam kelihatan lampu kelip-kelip dipasang dihapadan rumah. Makanan tadisi di sini bergantung kepada keturunan. Bagi keturunan Berunei sama seperti orang-orang Melayu semenanjung. Isteri aku berketurunan Bugis maka suasana berbeza. Makanan tradisi yang terkenal ialah ‘Burasak’, makanan ini adalah diperbuat dari beras atau pulut yang dibungkus dalam daun pisang dan dikukus. Pada pagi hari raya hidangan keluarga ialah makan nasi dan lauk-pauk masakan bugis.

suasana kunjung mengunjung sama seperti di semenanjung, namun pada hari raya pertama kunjung-mengunjung belaku dikalangan keluarga sahaja.

Aku semesti merasa sedikit kelainan berhari raya di sini, sungguhpun sudah beberapa kali aku beraya di kampung isteriku.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Selamat Hari Raya

September 18, 2009 at 7:40 pm (Uncategorized)



Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Hello world!

September 8, 2009 at 7:16 am (Uncategorized)

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Pautan Kekal 1 Komen

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.